Skip to main content

Posts

Isu Diskriminasi

ISU DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA Menurut Astro Awani, kerajaan telah mengambil tindakan jika wujud diskriminasi oleh majikan terhadap pemohon kerja walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus yang melindungi golongan itu. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata, Akta Kerja 1955 sedia ada lebih menjurus menjaga kepentingan mereka yang telah bekerja dan pencari kerja pula belum termasuk dalam skim pekerjaan. Mahfuz juga berkata walaupun terdapat pihak yang menyatakan kebimbangan mengenai diskriminasi terhadap pencari kerja namun kementerian tersebut tidak menerima sebarang aduan rasmi yang berhubung tentang perkara tersebut. Sebenarnya, pencari kerja yang pernah melalui pengalaman didiskriminasi boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk siasatan. "Majikan berkenaan akan ditegur supaya mengelak daripada melakukan perbuatan tersebut,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai langkah melindungi pencari kerja selepas menghadiri Majlis Min...
Recent posts

Refleksi Bab 8: Kemahiran Belajar IPGKTI

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) Selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin berkongsil sedikit maklumat tentang bab ini. Hasil pembelajaran bab ini ialah saya dapat mengenalpasti ciri-ciri utama dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran. Selain itu, saya dapat mengeksplorasi modul-modul aktiviti dalam Sistem Pnegurusan Pembelajaran untuk pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif. Seterusnya, kami juga dapat menilai  kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran dalam meningkatkan pembelajaran. Definisi Sistem Pengurusan Pembelajaran -Ialah platform dalam talian yang membolehkan penyampaian bahan, sumber, dan aktiviti pelajar dalam dan luar persekitaran bilik darjah. -Sistem ini digunakan untuk menyampai,mengakses, menilai dan mengurus latihan-latihan dalam talian. - Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System ( LMS ) telah menjadi komponen penting dalam sistem pendidikan di kebanyakan universiti dan pusat pengajian tinggi . Kepentingan SPP K...

Pengenalan kursus kemahiran belajar

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM- SEP 2019 Kemahiran Belajar GKB Kemahiran belajar merupakan kursus generik yang ditawarkan kepada siswa guru yang mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Kursus ini diwajibkan untuk semua siswazah agar mereka dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran generik( membaca, mengurus maklumat, berfikir, TMK) supaya dapat mengurus pembelajaran dengan lebih cekap dan seterusnya bermotivasi untuk pembelajaran sepanjang hayat. Kursus ini mengandungi 10 bab 1. Pengenalan Kemahiran Belajar 2. Pengurusan Pembelajaran 3. Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat 4. Teknik Membaca 5. Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota 6. Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis 7. Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer 8. Sistem Pengurusan Pembelajaran 9. Sikap terhadap Pentaksiran 10. Penyelesaian Sosial Pensyarah untuk kursus ini iaah Puan Syufianah Puteri Yusof. ...