ISU DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA Menurut Astro Awani, kerajaan telah mengambil tindakan jika wujud diskriminasi oleh majikan terhadap pemohon kerja walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus yang melindungi golongan itu. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata, Akta Kerja 1955 sedia ada lebih menjurus menjaga kepentingan mereka yang telah bekerja dan pencari kerja pula belum termasuk dalam skim pekerjaan. Mahfuz juga berkata walaupun terdapat pihak yang menyatakan kebimbangan mengenai diskriminasi terhadap pencari kerja namun kementerian tersebut tidak menerima sebarang aduan rasmi yang berhubung tentang perkara tersebut. Sebenarnya, pencari kerja yang pernah melalui pengalaman didiskriminasi boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk siasatan. "Majikan berkenaan akan ditegur supaya mengelak daripada melakukan perbuatan tersebut,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai langkah melindungi pencari kerja selepas menghadiri Majlis Min...