ISU DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA
Menurut Astro Awani, kerajaan telah mengambil tindakan jika wujud diskriminasi oleh majikan terhadap pemohon kerja walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus yang melindungi golongan itu.Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata, Akta Kerja 1955 sedia ada lebih menjurus menjaga kepentingan mereka yang telah bekerja dan pencari kerja pula belum termasuk dalam skim pekerjaan.Mahfuz juga berkata walaupun terdapat pihak yang menyatakan kebimbangan mengenai diskriminasi terhadap pencari kerja namun kementerian tersebut tidak menerima sebarang aduan rasmi yang berhubung tentang perkara tersebut. Sebenarnya, pencari kerja yang pernah melalui pengalaman didiskriminasi boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk siasatan."Majikan berkenaan akan ditegur supaya mengelak daripada melakukan perbuatan tersebut,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai langkah melindungi pencari kerja selepas menghadiri Majlis Minggu Bahasa Peringkat Kementerian Sumber Manusia di sini hari ini.Sebagai contoh, terdapat sebuah syarikat di Sungai Petani, Kedah yang mengiklankan bahawa mereka hanya ingin mengupah pekerja yang fasih dalam bahasa Mandarin. Mahfuz juga berkata, kecuaian membuat iklan sedemikian telah memberi persepsi majikan bersifat perkauman. Hal inilah yang sering dijadikan isu dalam isu diskriminasi.
Walaupun pihak berkenaan tidak menerima aduan rasmi, pihaknya juga telah menghubungi majikan yang terbabit dan dimaklumkan bahawa syarikat berkenaan iaitu yang majoritinya pekerja Melayu, memerlukan pekerja yang fasih berbahasa Mandarin dan sebagainya atas faktor keperluan perniagaan masing-masing.Hal ini telah menunjukkan bahawa kekecuaian sesebuah majikan untuk membuat iklan yang tidak cermat telah menimbulkan salah tafsir umum. Walau bagaimanapun, setelah diberi nasihat, syarikat tersebut telah memohon maaf atas kekecuaian dan kesilapan yang berlaku.Mahfuz juga turut menegaskan bahawa perkara ini adalah tidak wajar untuk sesebuah majikan meletakkan kelayakan diambil bekerja berasaskan isu-isu bersifat diskriminasi seperti jantina, bangsa, agama, kehamilan atau memakai pakaian menutup aurat.Selain itu, kementerian juga haruslah sentiasa berinteraksi dengan pihak majikan melalui pelbagai pendekatan seperti Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan bagi mengingatkan mereka supaya tidak melakukan amalan diskriminasi dalam pengambilan pekerja.

Cara Penyelesaian Isu Diskriminasi
1. Peranan Ibu Bapa
Keluarga adalah orang yang paling rapat dengan remaja. Ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik dan membentuk sahsiah mereka supaya anak-anak mereka menjadi seorang yang berguna. Dengan ini, ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa mesti berkelakuan baik supaya dapat mempengaruhi anak untuk menteladani tingkah laku baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Hal ini demikian kerana anak akan mencontohi perlakuan orang di sekelilingnya. Sebagai contoh, ibu bapa perlu bersopan santun dan menunjukkan kepada orang lain. Anak-anak yang sering mencontohi tingkah laku ibu bapa yang baik, maka tidak akan melibatkan diri dalam isu diskriminasi.
2. Peranan Media Massa
Media massa mampu membentuk pemikiran dan mempengaruhi minda seseorang. Oleh itu, sudah tentulah usaha untuk membentuk insan yang berakhlak mulia dapat dilakukan melalui media massa. Sebagai contoh, pihak syarikat televisyen dapat memaparkan keburukan dan kekurangan isu diskriminasi berlaku dalam sesebuah negara melalui iklan-iklan atau video. Hal ini demikian kerana televisyen adalah satu media eletronik yang sering digunakan oleh masyarakat Malaysia dan pemikiran penonton terutamanya kananak-kanak senang untuk dipengaruhi oleh segala yang ditonton daripada media massa. Kesannya, penonton tidak akan membuat sedemikian kerana mereka mengetahui kesan yang dibawa oleh isu diskriminasi. Jelaslah bahawa media massa memainkan peranan penting dalam mengurangkan kes diskriminasi.
3. Peranan Pihak Sekolah
Setiap individu perlu belajar di sekolah atau institusi pendidikan sejak kecil lagi. Pihak sekolah dan pendidik berperanan penting untuk mengelakkan isu diskriminasi dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah bukan sahaja mengutamakan bidang akademik sahaja, maka perlu mementingkan tingkah laku pelajar. Pihak sekolah dapat merancangkan pelbagai jenis aktiviti yang sesuai supaya pelajar bersikap baik dan tidak membuat sesuatu yang dilarang. Antara aktiviti ialah pihak sekolah menganjurkankan ceramah atau kempen kesedaran yang berkaitan dengan kesan buruk masalah diskriminasi terhadap seseorang dan proses pembangunan negara. Melalui proram-proram yang telah dianjurkan, nilai saling menghormati dan menjaga hak sendiri mesti diterapkan dalam sanubari remaja masing-masing dan remaja akan mengamalkannya secara tidak langsung.
4. Agama dan Ajaran
Agama dan ajaran memainkan peranan penting untuk mengelakkan dan mengurangkan kes diskriminasi berlaku. Hal ini demikian kerana agama sangat menuntut penganutnya berakhlak mulia. Sebagai contoh, orang yang berpegang agama digalakkan memberikan penghormatan kepada orang lain, tidak mementingkan diri sendiri, dan bersifat penyayang. Sikap buruk yang perlu dielakkan adalah seperti berzina, membuli dan sikap pemulauan. Dengan ini, orang akan menjadi seorang yang bersikap baik serta tidak membuat perkara yang dilarang. Oleh itu, kita mesti sentiasa menghadiri majilis ilmu agama dan berpegang agama dengan kuat.
Link dibawah menujukkan sebuah filem berkaitan diskriminasi.
Comments
Post a Comment